Selamat Hari Raya!

Ok la, Ain blog dalam Bahasa Melayu la untuk post kali ni. Rindu jugak sebenarnya nak tulis dalam B.M. Memang dulu Ain tulis blog dalam Bahasa Melayu kan, tapi ada kawan-kawan disini yang complain diorang tak faham, even selepas diorang guna Google translator (entah apa-apa la Google terjemahkan agaknya). Sebab tu Ain buat blog baru ni dan mula tulis dalam English. Bukan nak berlagak Ain pandai tulis dalam Bahasa Inggeris, takkk. Ain tau anyway orang Malaysia semua tentu la faham English. Tapi, Ain minta maaf jugak la kalau dalam post ni tetiba ada perkataan-perkataan English. Kadang-kadang tu memang jenuh jugak nak translate dalam kepala otak ni dan terpaksa la tanya bapak Ain tadi “apa translate dalam Bahasa Melayu again?”

Anywayyy, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin! Apa la Ain oii, dah raya ketiga baru nak ucap, huhu. Ain minta maaf kalau Ain pernah buat salah atau tulis benda-benda yang menyakitkan hati sesiapa – termasuk la kat Instagram, Snapchat dah Twitter.

IMG_6275.jpg

Sebenarnya, tak sangka ada jugak orang yang tunggu blog post Ain pasal Hari Raya ni. Pertama sekali, terima kasih sudi baca blog Ain! Yang kedua, jangan risau, Ain memang akan blog pasal Hari Raya walaupon dah raya ke-tujuh. Sebab kalau tak blog pasal Hari Raya, rasa macam janggal (haa sebaik tak tulis ganjal).

IMG_5807 copy
Selesai gosok baju pukul 4 pagi (di pagi Hari Raya). Ni selepas dah siap tolong Ibu kat dapur, masak-masak semua la seperti biasa. Memang tauuu, tak kira la kita start awal or lambat kat dapur, kiteorang (Ain dan Ibu) mesti ended up tidur selepas pukul 3 pagi. Macam dah jadi rutin pagi Hari Raya susah ya amattt nak bangun (Ain je, Ibu OK pulak).

Alhamdulillah la tahun ni dapat pakai baju raya baru lagi! Seperti biasa, Cik Ani (adik Ibu) yang tolong belikan. Yang depan sekali ni baju Ain by Altelia Amani di Primavalet. Ain berkenan dengan design dia, tapi nak menggosoknya kena banyak bersabar rupanya (dah la orang mata pon tak boleh nak buka time tu). Nak cantik di Hari Raya punya pasal, Ain pon redha menggosok walaupun mata dah menyerupai mata Garfield.

Pagi raya selepas Bapak dan Aleef balik dari masjid, seperti biasa la Ain got the camera and tripod ready semua untuk tangkap gambar sekeluarga. Sambil-sambil tu layan TV3 yang Ain streaming online nak bagi ada mood.

Gambar atas: Ibu photobombed.

Tema warna baju kiteorang tahun ni purple dan pink. Kononnya nak ala-ala pastel gitewww.

IMG_5902.jpgNi berlakon apa la Ibu dan Anak ni. Tak tau la.

IMG_6019 copyNi satu je gambar yang OK walaupon si Aleef tu duduk terkangkang macam tu. Sabar je la.

Tapi bila dah tak boleh sabar tu, haa ambik hang sekali!

Tak tau la si Aleef tu pergi mana time ni.

Baju Iba juga by Altelia Amani.

Kalau siapa tau, Ain memang suka tudung bawal satin ni. Terima kasih kat sepupu Ain la, Nana dan Yaya yang mulanya bawakkan tudung-tudung bawal satin masa diorang datang hari tu. Yang Ain dan Iba pakai ni pon diorang tolong beli dan kirimkan.

IMG_6156 copy.jpg
Alhamdulillah, Pak Long pon ada kirim Bahulu, Tart Nenas, Biskut Bangkit dan Kerepek Pisang.

Haa yang ni kami buat. Ibu buat Samperit (Ain buat tak jadi. Kesian tau. Semua sebab salah pakai butter! Hmph.), Biskut Suji dan Biskut Almond. Ain sempat buat Biskut Mazola dan Biskut Arab (sama je macam Suji tapi Iba nak yang ‘colour-colour’ pulak dah.). Ada buat Biskut Mama Carrey jugak, tapi puasa tak habis lagi dah tinggal tak sampai setengah tupperware sebab kebanyakkan dah masuk mulut Iba dan Aleef.

IMG_6168 copy.jpg
Ibu nak buat Pulut Kacau (atau dikenali sebagai Wajik), kita pon kacau jangan tak kacau sampai naik urat-urat tangan. Keras sikit, tapi yang pasti ada rasa.

Ni lah dia antara sebab-sebab tidur pukul 4 pagi. Tapi semua worth it! Semua Ibu masak (Ain Sous Chef je) kecuali Serunding (orang bagi). Kali ni menu yang extra selain dari Rendang Ayam, Kuah Kacang Berdaging, Ketupat dan Lemang, adalah Mee Kari!

Tahun ni dah makin tak ramai keluarga Melayu di Stoke ni. Kalau ada sesiapa yang pernah baca kisah raya Ain yang dulu-dulu, mesti perasan yang dulu lagi ramai. Sekarang hanya tinggal 4 je keluarga (semua ada anak kecil je) Melayu di Stoke termasuk keluarga Ain.

The latest addition to Melayu Community kita, baby Aisyah Hannah. Nama pon Hannah, British sangat tau!

IMG_6267 copy.jpg
Mee Kari Ibu!

So, tu la dia kisah Hari Raya Ain untuk tahun ni. Pagi Hari Raya kedua semalam makan Ketupat dan RendangΒ  in baju tidur je sebab ingatkan semua orang kerja lepastu tup tup, ada tetamu nak datang belah malam. Ibu sempat buat Lodeh je.

IMG_6183 copy.jpg
Makan kalau tak kembang hidung tak sah tau.

Thank you for reading this post.
May you have happy thoughts always,
Ain

2 Comments

  1. Flavnesz July 1, 2017 / 6:45 am

    It’s awkward to read your writing in Malay but I’m enjoying it, somehow.. XD
    Okay I hope it’s not too late to wish you Selamat Hari Raya.. πŸ˜€

    • captaineverland July 3, 2017 / 3:18 pm

      Is it? But thank you for enjoying it. Haha. We have a month of raya so it’s not too late still. Selamat Hari Raya to you too! πŸ™‚

Leave a Reply